Tuesday, May 24, 2011

aku menanti kamu everyday !!

GAMBAR TERBARU





pulanglah sebelum aku runaway,
aku menanti kamu everyday,
aku menunggu dari monday tuesday wednesday thursday,
aku tak ingin tak perlu
aku dah bingung !!

bila dihayati lirik lagu ini kekadang aku rasa ada betul nya dalam kehidupan hari-hari aku yang menanti jawapan.aku akan terus menanti dan menunggu sahaja apa yang akan berlaku pada masa-masa akan datang.

Saat-saat macam ini pon aku boleh lagi terfikir mana hala tuju aku selepas ini kerana aku masih tidak dapat kepuasan dalam mencuba segala didunia, ah mungkin juga aku ini tidak pernah merasa puas kerana aku adalah manusia yang punya nafsu cuma kawalan dan keimanan sahaja perlu kuat untuk mengatasi masalah aku ini.

Sesekali aku masih terfikir apakah yang perlu aku lakukan disebalik kesunyian yang melanda diri aku.
Sejenak aku masih terfikir adakah semua manusia sidunia punyai masalah yang sepertimana aku lalui.
Sedetik aku masih terfikir lagi , mengapakah wujudnya masalah di dunia kita ini.
Lantas , aku terfikir lagi dengan penuh tanda tanya , dan sukar untuk menggambarkan penghayatan aku untuk mengatasi persoalan aku ini.

Sekarang , segala persoalan aku masih lagi tidak terjawab , dalam kesempatan ini juga aku masih menunggu bila persoalan ini akan berjawaban.
Anggapan aku selama ini juga masih kabur walau aku mencuba mencari jalan penyelasaian di setiap detik waktu sehingga aku masih merasa bahawa apakah punca segala-galanya.
Tidak akan aku berputus asa sehingga ke hunjung dunia pasti jawaban nya akan aku capai cuma kesabaran dalam hati itu perlu ada.
Selebihnya aku akan ikhtiar dengan menanti terus menanti jawaban yang akan terjawab satu hari nanti.
Kita sama-sama akan menemui jalan penyelesaian nya.
Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment