Tuesday, October 4, 2011

Hi ,
Bulan Oktober kembali lagi ! Tertanya adakah perubahan berlaku dalam hidup syuqk pada bulan ini. Syuqk inginkan perubahan dalam samada dalam kehidupan harian, pekerjaan, dan dalam percintaan.
Sudah pelbagai dugaan yang telah syuqk tempuhi di bulan-bulan sebelum ini tetapi syuqk masih tidak nampak perubahan dalam diri syuqk ini, ini membuatkan syuqk untuk membuat sedikit perubahan dalam hidup harian syuqk pada bulan Oktober ini.
Diantaranya perubahan harian yang ingin syuqk ubah pada bulan ini seperti berikut ;


1- Keluarga
*syuqk nak sangat luangkan masa bersama keluarga syuqk dan ingin luahkan segala perasaan syuqk kepada mereka. Akan membantu keluarga yang dalam kesusahan dan teringin sangat membawa mereka bercuti bersama syuqk. Syuqk inginkan mereka tahu yang syuqk sayang mereka ini.


1- Pekerjaan
*Bukan bosan dengan kerja lama tetapi syuqk inginkan sesuatu yang baru dan ingin melangkah lebih jauh dari kemampuan syuqk sekarang. Syuqk tahu yang sekarang ini susah untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk membina kerjaya tetapi syuqk teringin untuk mencuba sesuatu yang baru, memang keputusan ini mendapat kekangan hebat dari keluarga mahupun teman rapat syuqk sendiri tetapi syuqk ingin menjadi lebih matang dengan kerja dan persekitaran yang baru.

3- Percintaan
*Syuqk serik bercinta ! huh Serik bukan bermaksud syuqk tidak suka untuk bercinta padahal sekarang ini pon syuqk masih bercinta dengan seseorang, perubahan yang perlu syuqk lakukan disini adalah untuk lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam percintaan keran syuqk senang untuk mencintai seseorang, Tetapi syuqk jenih yang setia pada yang satu. Jika tidak percaya cuba lah dapat kan syuqk.hihihi

Perubahan ! sebenarnya jika ingin kan satu perubahan selalu nya akan mengorbankan apa sahaja tetapi syuqk cuba untuk membuat perubahan ini pada bulan Oktober ini. Terima kasih kepada yang menyokong syuqk yang secara langsung ataupun tidak.

Thursday, July 21, 2011

PERCAYA PADAKU




p/s : lagu ni aku tujukan khas kepada org yang aku syg yang akan melanjutkan pelajaran di indonesia tak lama lagi .

** PERCAYA PADAKU

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku


Monday, July 11, 2011

Today was my happy-happy day !!


Hello malaysia
‎​☺нёнё☺
Hari ni hari bahagia bagi syuqk walaupun masih berjauhan dgn org yg tersayang . Hari ini cukup indah ! Walaupun bekerja tetapi hati syuqk berbunga-bunga macam pertama kali jatuh cinta . Huh tapi syuqk bukan jatuh cinta lagi hanya kewujudan kawan-kawan yang ada pada hari ini membuatkan syuqk rasa bahagia . Semua nya indah bak mencium bunga mawar yang mekar di taman bayangan . =D╋╋ム ╋╋ム ╋╋ム =)).
Alangkah indah nya kalau perasaan ini berterusan tanpa henti tapi kita sebagai manusia masih menanti hari esok untuk mengubah segalanya bak kata pepatah " kita hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan segala-galanya" . ◦°◦"̮♡hϱ♡hϱ♡hϱ♡"̮◦°◦
Sebagai manusia biasa juga kita berhak untuk merasai detik-detik indah ini walaupon bukan selamanya hanya kadang-kadang .
Mungkin anda tertanya-tanya 'apakah yang membuatkan hari syuqk indah hari ini ' ? Seperti mana yang syuqk nyatakan pada awal entri ini iaitu syuqk bahagia mempunyai dan berpeluang berkawan dgn anda semua sebab ini lah syuqk rasa bahagia !
Insyaallah hari bahagia akan terus berada di dalam diri syuqk untuk masa mendatang , dan kepada kawan-kawan semua semoga anda juga dapat merasai hari bahagia dan indah ini syuqk doakan yang terbaik untu semua .
Insyaallah .
أميينO:)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, June 26, 2011

Apabila air mata ku mengalir

Perasaan sedih melanda syuqk kebelakangan ini hanya mampu tersenyum dan tidak perlu berkata apabila ditegur dengan perubahan diriku yang cenderung dengan berdiam dan menyendiri . Syuqk tidak bisa meluahkan kepada sesiapa hanya mampu berdiam dan cuba mengelakkan diri . Syuqk sekarang dalam keadaan tertekan dan agak beremosi . Hari-hari syuqk memikirkan masalah yang syuqk lalui kali ini kerana sifat dan sikap syuqk adalah orang yang penyabar dan tidak suka untuk bercerita dan syuqk hanya mampu mengalirkan air mata ini setiap kali teringat atau terfikir masalah . Di dalam waktu ini juga keadaan kesihatan syuqk tidak seberapa baik apabila ditambah dengan masalah ini keadaan agak menyukarkan syuqk untuk menyempurnakan apa sahaja yang berlaku . Syuqk sekali lagi hanya mampu menangis dan menangis . Tidak ada yang pelik jika seorang insan yang bernama LELAKI menangis , syuqk akan menangis untuk menenangkan dan mengosongkan fikiran buntu yang bermain dalam minda . Hanya dengan menangis dapat membantu serba sedikit bebanan ini . Tetapi sehingga hari ini tiada penyudahnya , sampai kapan lagi harus syuqk bersabar dengan penderitaan ini , dan sampai saat ini syuqk masih memikirkan masalah ini terus syuqk hanya mampu berdiam dan menyepikan diri . Maafkan syuqk jika sesiapa yang menegur syuqk tetapi tiada teguran balik . Mungkin ini dapat memvbuat syuqk lebih tenang walaupun yang nyatanya syuqk tahu anda semua ambil berat malah risau dan sebenarnya syuqk tidak nafikan juga bahawa kawan - kawan yang ada adalah penting juga akan tetapi syuqk tidak mampu untuk berbuat sedemikian . Maafkan Syuqk ) :

P/s : Syuqk akan kembali lagi seperti biasa , anda semua doakan Syuqk untuk tempuhi semua dugaan ini supaya Syuqk lebih kuat untuk meneruskan hidup dan kembali melakukan rutin seperti biasa !! Terima kasih didahulukan !!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 23, 2011

Tepat jam 12 am 18 jun 2011 aku telah dihubungi oleh .....

Kekasih hati yang bernama CINTA. Yang ini memang syuqk terharu sangat sebab selama ni tiada siapa pon yang menyanyi lagu untuk 'birthday' syuqk , tapi pada malam tu seorang insan yang disayangi telah call dah menyanyi lagu ' selamat ulang tahun sayang ' yang dipopularkan oleh ' imran ajmain ' .
Kalau nak tahu pada saat tu syuqk tiba-tiba mengalirkan air mata sebab terlalu terharu dan bahagia malam itu .
Pada malam itu juga syuqk langsung x terkata kerana selama ini tidak pernah ada orang yang menyanyi macam ni . Terima kasih sayang walau kita jauh pada ketika ini tetapi kau tetap dihati .
Inilah hadiah yang paling beharga di ' ulang tahun yang ke 23 syuqk ' .

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Who Say by Selena Gomez


Lyrics | Selena Gomez lyrics - Who Says lyrics

My 23rd birthday

Yang merancang semua ini !!

Syuqk the flour man !! ngee

NOT FOR SALE !!! hehehe

Cantekk pulak rambut aku ni kann..

My Best Friend

Terbaekk ! jenuh g car wash tau !!

My Birthday Cake !! tiramitsu

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

My Birthday 18 jun 2011

syuqk nak berterima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari jadi kpd syuqk pada hari tu . Terharu rasa dapat sambutan pada malam 21 jun 2011 tu walau syuqk kene baling tepung habis satu badan. Hehehe yang kasi hadiah tu terima kasih banyak2 ye tahun depan kasi lagi tau.. Thanks semua Syuqk syg kat korang lahhh...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 25, 2011

Jari jemari dan fikiran

syuqk apabila bosan akan memulakan cerita-cerita yang agak membosankan dan teruskan membaca.... TERBAEKKKK !!! lalala

Sekali lagi aku menatap dinding blog sambil berfikir entri seterusnya dari aku.
Setelah aku menyusun ayat setelah aku jerih terfikir dan sedang aku menaip kata-kata ini aku hanya terfikirkan diri sendiri yang masih dibelenggu dengan kata-kata yang sedang bermain difikiran aku ini tatkala aku masih berfikir apakah yang sedang menyelubungi aku dari mula aku masuk ke entri ini.

Tersentak aku apabila aku dikejutkan dengan bunyi larian kucing atau musang di atap rumah ku sehingga aku tertanya "adakah ia binatang ? " Sejurus ia reda aku kembali berkhayal dan khayalan ini membuatkan aku terus menaip menggunakan papan kekunci komputer riba ku ini sehingga aku terperasan bahawa aku sedang mereka satu kisah yang difikirkan adalah betul dan salah.

Aku terus menaip dan menaip sehingga ingin aku mengatakan bahawa apakah tindakan aku untuk terus menaip selagi ada kesempatan.

Justeru , aku hanya menggelengkan kepala sambil mataku kekadang menjeling tepat ke arah tv dihadapan ku ini.

Kemudian , aku melihat sekeliling bilik ku dan terlihatlah semua keadaan bilikku yang agak bersih berbanding sebelum ini.

Disini aku masih menyambung menyusun kata-kata sambil terus menaip di entri ini dan meneruskan cerita ini ke sudut dasar yang lebih mendalam. Sering kali aku ingin mengingati zaman kecilku , zaman persekolahanku dan zaman-zaman sebelum nya hingga kini hanya tanda tnaya bagiku.

Jari jemariku meneruskan taipan sehingga kekadang aku terlepas saat-saat paling dinantikan di dalam drama kegemaran ku yang sedang ditayangkan di tv , setelah mengetahui ianya terlepas aku teruskan taipan ini sehingga ia menjadi sebuah cerita yang agak menarik dan setelah aku menaip segalanya yang hanya apabila aku terfikir dan dengan pantasnya jari jemari ku yang lemah gemalai ini menaip sebuah ceritera yang agak merepek pada malam ini.

Apabila jari jemari aku terhenti.........................................................................................



Tuesday, May 24, 2011

aku menanti kamu everyday !!

GAMBAR TERBARU





pulanglah sebelum aku runaway,
aku menanti kamu everyday,
aku menunggu dari monday tuesday wednesday thursday,
aku tak ingin tak perlu
aku dah bingung !!

bila dihayati lirik lagu ini kekadang aku rasa ada betul nya dalam kehidupan hari-hari aku yang menanti jawapan.aku akan terus menanti dan menunggu sahaja apa yang akan berlaku pada masa-masa akan datang.

Saat-saat macam ini pon aku boleh lagi terfikir mana hala tuju aku selepas ini kerana aku masih tidak dapat kepuasan dalam mencuba segala didunia, ah mungkin juga aku ini tidak pernah merasa puas kerana aku adalah manusia yang punya nafsu cuma kawalan dan keimanan sahaja perlu kuat untuk mengatasi masalah aku ini.

Sesekali aku masih terfikir apakah yang perlu aku lakukan disebalik kesunyian yang melanda diri aku.
Sejenak aku masih terfikir adakah semua manusia sidunia punyai masalah yang sepertimana aku lalui.
Sedetik aku masih terfikir lagi , mengapakah wujudnya masalah di dunia kita ini.
Lantas , aku terfikir lagi dengan penuh tanda tanya , dan sukar untuk menggambarkan penghayatan aku untuk mengatasi persoalan aku ini.

Sekarang , segala persoalan aku masih lagi tidak terjawab , dalam kesempatan ini juga aku masih menunggu bila persoalan ini akan berjawaban.
Anggapan aku selama ini juga masih kabur walau aku mencuba mencari jalan penyelasaian di setiap detik waktu sehingga aku masih merasa bahawa apakah punca segala-galanya.
Tidak akan aku berputus asa sehingga ke hunjung dunia pasti jawaban nya akan aku capai cuma kesabaran dalam hati itu perlu ada.
Selebihnya aku akan ikhtiar dengan menanti terus menanti jawaban yang akan terjawab satu hari nanti.
Kita sama-sama akan menemui jalan penyelesaian nya.
Semoga berjaya.

Friday, March 25, 2011

keluhan demi keluhan !!

hey ! lama gak x der entri terbaru kann..huh ape nak criter kali ni yer,.seperti biasa yg merepek je dlm fikiran ni.hurm tahun ni mcm2 berlaku dlm hidup aku ni,ader sedih ader gmbira. aku diduga dengan mcm2 perkara, serik aku sehingga aku kekadang merasa aku x perlu lgi berada di dunia ini tp, aku sepertimana insan lain bernama manusia yg sering melakukan kesilapan kerana manusia juga tiada yg lebih sempurna , bila difikirkan semula jika tiada kesilapan didunia jika semua sempurna didunia adakah dunia akan aman? kerana inilah dinamakan mainan dunia , ada pasang surut ada tinggi rendahnya. Disini aku rasa bagaikan tiada apa yg perlu kita keluhkan lagi cuma kita perlu menjadi insan yg berguna dan kita juga perlu berjasa kepada semua org sekeliling seperti keluarga tercinta , kekasih , kawan-kawan dan semuanya. Kembali kepada entri asal aku, dugaan yg aku terima ini adalah yg x boleh aku hadapi nya seorang diri. ( x dpt aku cerita dugaan apa, cukup sekadar gambaran ) sehingga aku rasa aku ini adalah bahan amukan , bahan lepasan geram dari org sekeliling . kenapa? kenapa? aku tertanya sehingga saat ini. Aku bertambah tidak mengerti apakah salahk ku? apa yg aku aku lakukan dan apa punca semua ini. bertahun-tahun aku pendam segalanya,sehingga satu saat,satu detik dan satu masa itu aku memberanikan diri untuk bertanya bagi mempertahankan diri aku yg selama ini aku hanya mampu terpaku dan terdiam "nak jadikan alasan selepas aku bertanya ; katanya" kamu masih perlu belajar dan kamu masih tidak dapat menyesuaikan diri kamu lagi" tetapi apa yg aku faham apakah tugas kamu sebagai pengajar untuk mengajar? adakah kamu sesuai menjadi seorang yg bertanggungjawab? huh makin lama aku kusutkan hal ini makin aku rasa benci dan ingin tinggalkan kerjaya aku sekarang ini. Di sini sahaja lah tempatnya luahan hati aku untuk aku rasa lebih tenang. Apa yang aku harapkan pada masa akan datang aku akan lebih tabah untk hadapi semua ini. hurmm cukup disini dulu. di lain hari akan aku sambung entri aku ini..