Wednesday, May 25, 2011

Jari jemari dan fikiran

syuqk apabila bosan akan memulakan cerita-cerita yang agak membosankan dan teruskan membaca.... TERBAEKKKK !!! lalala

Sekali lagi aku menatap dinding blog sambil berfikir entri seterusnya dari aku.
Setelah aku menyusun ayat setelah aku jerih terfikir dan sedang aku menaip kata-kata ini aku hanya terfikirkan diri sendiri yang masih dibelenggu dengan kata-kata yang sedang bermain difikiran aku ini tatkala aku masih berfikir apakah yang sedang menyelubungi aku dari mula aku masuk ke entri ini.

Tersentak aku apabila aku dikejutkan dengan bunyi larian kucing atau musang di atap rumah ku sehingga aku tertanya "adakah ia binatang ? " Sejurus ia reda aku kembali berkhayal dan khayalan ini membuatkan aku terus menaip menggunakan papan kekunci komputer riba ku ini sehingga aku terperasan bahawa aku sedang mereka satu kisah yang difikirkan adalah betul dan salah.

Aku terus menaip dan menaip sehingga ingin aku mengatakan bahawa apakah tindakan aku untuk terus menaip selagi ada kesempatan.

Justeru , aku hanya menggelengkan kepala sambil mataku kekadang menjeling tepat ke arah tv dihadapan ku ini.

Kemudian , aku melihat sekeliling bilik ku dan terlihatlah semua keadaan bilikku yang agak bersih berbanding sebelum ini.

Disini aku masih menyambung menyusun kata-kata sambil terus menaip di entri ini dan meneruskan cerita ini ke sudut dasar yang lebih mendalam. Sering kali aku ingin mengingati zaman kecilku , zaman persekolahanku dan zaman-zaman sebelum nya hingga kini hanya tanda tnaya bagiku.

Jari jemariku meneruskan taipan sehingga kekadang aku terlepas saat-saat paling dinantikan di dalam drama kegemaran ku yang sedang ditayangkan di tv , setelah mengetahui ianya terlepas aku teruskan taipan ini sehingga ia menjadi sebuah cerita yang agak menarik dan setelah aku menaip segalanya yang hanya apabila aku terfikir dan dengan pantasnya jari jemari ku yang lemah gemalai ini menaip sebuah ceritera yang agak merepek pada malam ini.

Apabila jari jemari aku terhenti.........................................................................................



No comments:

Post a Comment