Tuesday, October 4, 2011

Hi ,
Bulan Oktober kembali lagi ! Tertanya adakah perubahan berlaku dalam hidup syuqk pada bulan ini. Syuqk inginkan perubahan dalam samada dalam kehidupan harian, pekerjaan, dan dalam percintaan.
Sudah pelbagai dugaan yang telah syuqk tempuhi di bulan-bulan sebelum ini tetapi syuqk masih tidak nampak perubahan dalam diri syuqk ini, ini membuatkan syuqk untuk membuat sedikit perubahan dalam hidup harian syuqk pada bulan Oktober ini.
Diantaranya perubahan harian yang ingin syuqk ubah pada bulan ini seperti berikut ;


1- Keluarga
*syuqk nak sangat luangkan masa bersama keluarga syuqk dan ingin luahkan segala perasaan syuqk kepada mereka. Akan membantu keluarga yang dalam kesusahan dan teringin sangat membawa mereka bercuti bersama syuqk. Syuqk inginkan mereka tahu yang syuqk sayang mereka ini.


1- Pekerjaan
*Bukan bosan dengan kerja lama tetapi syuqk inginkan sesuatu yang baru dan ingin melangkah lebih jauh dari kemampuan syuqk sekarang. Syuqk tahu yang sekarang ini susah untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk membina kerjaya tetapi syuqk teringin untuk mencuba sesuatu yang baru, memang keputusan ini mendapat kekangan hebat dari keluarga mahupun teman rapat syuqk sendiri tetapi syuqk ingin menjadi lebih matang dengan kerja dan persekitaran yang baru.

3- Percintaan
*Syuqk serik bercinta ! huh Serik bukan bermaksud syuqk tidak suka untuk bercinta padahal sekarang ini pon syuqk masih bercinta dengan seseorang, perubahan yang perlu syuqk lakukan disini adalah untuk lebih bertanggungjawab dan berhati-hati dalam percintaan keran syuqk senang untuk mencintai seseorang, Tetapi syuqk jenih yang setia pada yang satu. Jika tidak percaya cuba lah dapat kan syuqk.hihihi

Perubahan ! sebenarnya jika ingin kan satu perubahan selalu nya akan mengorbankan apa sahaja tetapi syuqk cuba untuk membuat perubahan ini pada bulan Oktober ini. Terima kasih kepada yang menyokong syuqk yang secara langsung ataupun tidak.