Friday, March 25, 2011

keluhan demi keluhan !!

hey ! lama gak x der entri terbaru kann..huh ape nak criter kali ni yer,.seperti biasa yg merepek je dlm fikiran ni.hurm tahun ni mcm2 berlaku dlm hidup aku ni,ader sedih ader gmbira. aku diduga dengan mcm2 perkara, serik aku sehingga aku kekadang merasa aku x perlu lgi berada di dunia ini tp, aku sepertimana insan lain bernama manusia yg sering melakukan kesilapan kerana manusia juga tiada yg lebih sempurna , bila difikirkan semula jika tiada kesilapan didunia jika semua sempurna didunia adakah dunia akan aman? kerana inilah dinamakan mainan dunia , ada pasang surut ada tinggi rendahnya. Disini aku rasa bagaikan tiada apa yg perlu kita keluhkan lagi cuma kita perlu menjadi insan yg berguna dan kita juga perlu berjasa kepada semua org sekeliling seperti keluarga tercinta , kekasih , kawan-kawan dan semuanya. Kembali kepada entri asal aku, dugaan yg aku terima ini adalah yg x boleh aku hadapi nya seorang diri. ( x dpt aku cerita dugaan apa, cukup sekadar gambaran ) sehingga aku rasa aku ini adalah bahan amukan , bahan lepasan geram dari org sekeliling . kenapa? kenapa? aku tertanya sehingga saat ini. Aku bertambah tidak mengerti apakah salahk ku? apa yg aku aku lakukan dan apa punca semua ini. bertahun-tahun aku pendam segalanya,sehingga satu saat,satu detik dan satu masa itu aku memberanikan diri untuk bertanya bagi mempertahankan diri aku yg selama ini aku hanya mampu terpaku dan terdiam "nak jadikan alasan selepas aku bertanya ; katanya" kamu masih perlu belajar dan kamu masih tidak dapat menyesuaikan diri kamu lagi" tetapi apa yg aku faham apakah tugas kamu sebagai pengajar untuk mengajar? adakah kamu sesuai menjadi seorang yg bertanggungjawab? huh makin lama aku kusutkan hal ini makin aku rasa benci dan ingin tinggalkan kerjaya aku sekarang ini. Di sini sahaja lah tempatnya luahan hati aku untuk aku rasa lebih tenang. Apa yang aku harapkan pada masa akan datang aku akan lebih tabah untk hadapi semua ini. hurmm cukup disini dulu. di lain hari akan aku sambung entri aku ini..

No comments:

Post a Comment