Friday, February 26, 2010

UNTUK MU BABY J

aku sering kali mengingati nya sehingga aku selalu memikirkan perkara yang tidak masuk akal sehingga aku membuatkan diriku seolah-olah orang yang mengalami PENYAKIT MENTAL.

Semua ini aku akui belaku dalam kehidupan hari-hari ku yang bagi ku apabila menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang adalah saat-saat bahagia yang akan aku kecapi bila bersama dengan nya.Aku sedar,di dalam sesuatu hubungan itu mestilah mempunyai sikap percaya mempercayai di antara satu sama lain,tetapi aku tidak mudah begitu kerana kenangan yang lampau yang telah aku lalui amat melukakan hati aku sehingga tahap kepercayaan aku terhadap seseorang amat rendah.Aku juga mempunyai sikap ragu-ragu terhadap pasangan,mudah terasa hati dan mempunyai sifat pentingkan diri juga.

Persoalan yang bermain di minda aku sering kali membuatkan aku seperti masih tidak mengetahui apa itu erti percintaan dan bagaimana untuk mengelak perasaan seperti ini tidak lagi membelenggu hidupku.Mungkin ini yang akan membuat aku menjadi gila sedikit demi sedikit.Aku juga selalu tenangkan fikiran ku di tempat yang boleh aku lupakan akan apa yang terjadi.

Disini juga,pasangan ku ini aku dapat rasa kan seperti endah tak endah sahaja dengan perasaan aku.Bagaikan tiada apa yang perlu beliau risaukan.Aku amat sedih dengan situasi ini.Adakala nya juga aku seakan tidak memahami perangai beliau yang kadang-kadang menunjukkan kasih sayang dan kadang-kadang nya tidak,situasi begini juga membuatkan aku bertambah tidak memahami apa yang ada di dalam perasaan belian sekarang.

Sering kali aku mengingati beliau supaya jangan mempermainkan perasaan aku yang amat menyayangi diri beliau sehingga aku sanggup berulang alik sejauh 70 km semata-mata ingin bertemu dengan beliau untuk melepaskan keriduan dihati.

Aku masih tidak mengerti mu.Berilah aku kekuatan untuk menempuhi dugaan ini,andai kata kita tiada jodoh hanya mampu aku lakukan redha dengan ketentuan walaupun perasaan ini amat berat untuk melupakn diri mu..

UNTUK MU BABY

No comments:

Post a Comment